JANGAN SEDIH. TERUSKAN USAHA. ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA INI. MOGA ALLAH REDA DENGAN KITA SEMUA. LUMRAHNYA ORANG YANG HEBAT MENERIMA UJIAN YANG HEBAT-HEBAT. KENIKMATAN HIDUP AKAN DAPAT DIRASAI BILA KITA SUDAH MELEPASI TAHAPNYA SATU PERSATU. ^..^ alangkah tapak sulaiman boleh tumbuh semula. :D "HIDUP KEJAR BAHAGIA,BUKAN KEJAR GLAMOUR"-ABAH-
Saat masing-masing sibuk mengejar kehidupan yang fana, tinggallah aku di sini. Menanti hadirnya pelangi yang bakal mewarnai kehidupan ini. Namun, siapa sangka. Kehadiran pelangi tidak boleh diundang begitu sahaja. Hadirnya perlu berteman. Perlukan hujan. Kerana selepas turunnya hujan, terpancarlah sinar matahari ditemani pelangi dari ufuk fajar. Begitu juga kehidupan. Tanpa ujian, manusia tidak akan mampu untuk mendapatkan kemanisan kehidupan. B enar, Allah memberikan masing-masing ujian yang tidak sama. Ada yang diuji dengan dikurniakan anak yang nakal, ada yang Allah tarik nikmat kesihatan, ada juga yang diulit dengan masalah hutang yang membebankan. Bila difikirkan semula, tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian. Meskipun kadang-kadang jalan penyelesaian itu mungkin membawa kepada kesedihan yang berpanjangan,keruntunan perasaan, hakikatnya,siapa kita untuk menidakkan takdirnya. Yakinlah, Allah tidak membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Kerana, syurga
Comments
Post a Comment